Monday, April 18, 2011

UNSUR-UNSUR SENI

Unsur seni merupakan aspek penting dalam penciptaan dan pemahaman karya seni visual. Pemahaman secara teori dan praktikal yang baik dapat mempengarhui penghasilan dan pemahaman terhadap karya seni visual. Unsur seni terbahagi kepada 5 bahagian iaitu 

  1. Garisan
  2. Jalinan
  3. Rupa
  4. Bentuk
  5. Warna
GARISAN

Merupakan sambungan antara titik-titik dan merentasi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Garisan juga dapat dihasilkan menggunakan pelbagai jenis media atau bahan. Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai jenis garisan. Garisan terdiri daripada pelabgai jenis sifat, jenis garisan dan pelbagai kuantiti garisan. perbezaan ilusi yang terhasil daripada sifat, jenis dan kuantiti garisan dapat memberi berbagai-bagai kesan ilusi seperti pergerakan ekspresi dan emosi.

Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta. Perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan menghasilkan kesan visual yang berbeza dalam penghasilan karya. Antaranya ialah :
  • lembut
  • kasar
  • berserabut
  • berduri
  • tegas
  • berbulu
  • licin
  • menggerutu
garisan berbulu

JENIS GARISAN
  • garisan melintang
  • garisan menegak
  • garisan nipis
  • garisan titik
  • garisan berputar
  • garisan melengkung
  • garisan berpancar
  • garisan zig-zag
jenis-jenis garisan

Kualiti garisan ialah mutu garisan yang merujuk pada garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam menghasilkan sesuatu imej. Kualiti garisan yang dihasilkan dapat mewujudkan pelbagai karakter. Contohnya, ilusi pergerakan pada ilustrasi karakter komik. Garisan bagi ruang paling hadapan sesuatu benda yang dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal. Ia bertujuan untuk menimbulkan ruang visual pada benda tersebut.

JALINAN

Ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia. Ia dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria sentuhan. Ia juga terdapat pada objek buatan manusia dan objek semulajadi. Setiap jalinan mempunyai fungsi tertentu. Penghasilan jalinan pada karya dapat menyampaikan mesej tertentu. Jalinan terbahagi kepada dua :
  1. Jalinan Tampak
  2. Jalinan Sentuh
JALINAN TAMPAK
  • Wujud dalam bentuk dua dimensi. Contoh : papan iklan.
  • Ianya dapat dilihat tetapu tidak dapat disentuh dan dikesan keadaan permukaannya dengan deria sentuhan.
  • Contoh jalinan pada benda buatan manusia : gambar poster pada majalah.
  • Contoh jalinan pada benda semula jadi : Kulit tembikai.
lukisan

batik

JALINAN SENTUH
  • keadaan sesuatu permukaan yang dapat dikesan menggunakan deria sentuhan. Contoh : kesan kasar, berbulu dan berduri. 
  • jalinan sentuh pada benda buatan manusia : jalinan pada bakul anyaman rotan.
  • jalinan sentuh pada benda semula jadi : kulit pokok.
  • jalinan sentuh pada karya : teknik Impasto.
anyaman

Wednesday, April 13, 2011

Sejarah Lukisan...

Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba. Kebanyakkan lukisan-lukisan yang dijumpai tersebut merupakan tentang kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Lukisan-lukisan tersebut juga telah dijumpai di Malaysia iaitu di Gua Niah, Sarawak dan juga Gua Tambun, Perak. 


CIRI-CIRI LUKISAN TERSEBUT



  • kebanyakkan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang yang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas.
  • imej-imej tersebut membentuk binatang perburuan, komposisi yang hampir sama iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada waktu itu. 

Lukisan yang paling awal dipercayai telah dijumpai di Gua Chauvet, Ardeche, Perancis pada tahun 15000-13000 S.M. Lukisan tersebut menggambarkan sekumpulan kuda. Lukisan gambar kuda atau binatang perburuan dipercayai adalah salah satu hasil lukisan terawal yang dihasilkan oleh manusia pada zaman Paleolitik. 


p dot s : Sumber dipetik dari Buku Ace Ahead, m/s 10.