Sunday, March 20, 2011

Jenis-jenis lukisan!

LUKISAN FIGURATIF

  • tumpuan : keatas tubuh manusia atau haiwan. Anatomi dipentingkan bagi mendapatkan bentuk yang sebenar. Kesejajaran prinsip akan membantu mendapatkan hasil lukisan yang betul dan tepat. Kesejajaran prinsip akan membantu mendapatkan hasil lukisan yang betul dan tepat.


LUKISAN KAJIAN
  • mementingkan penelitian@detail.
  • setiap aspek hal benda dikaji dan dilukis secara teliti.
  • hasil lukisan kajian juga digunakan dalam bidang-bidang lain seperti perubatan, biologi, arkeologi, pertanian dan sebagainya.

LUKISAN INFORMASI
  • mementingkan ketepatan, ringkas dan fungsi terus.
  • elemen grafik diadun bersama bagi memperlihatkan gaya mudah dan ringkas. Ini disebabkan lukisan informasi digunakan untuk menerangkan maklumat kepada pelanggan.
  • bentuk lukisan : ilustrasi, rajah, peta.

LUKISAN TEKNIKAL
  • memerlukan pengiraan/ pengukuran dalam aspek matematik dan kehalusan serta ketelitian.
  • skala digunakan bagi memastikan beberapa sudut pandangan dan kadar banding dilukis dengan tepat.
  • kebiasaannya menggunakan pandangan atas/ bawah, pandangan sisi dan pandangan depan.

LUKISAN FANTASI
  • memerlukan pelukis berimaginasi tinggi di samping kreativiti tinggi.
  • dalam fiksyen sains, contohnya menggunakan khidmat pelukis untuk melukis watak fantasi bagi memenuhi konsep filem tertentu.

note : thanks mr.google for the pic!^^
rujukan : Apreasiasi Seni Visual - Bahasa Seni Visual.

No comments:

Post a Comment